Qiamat???
alhamdulillah.. i have a chance today to look at a few surah in juz amma (the 30th chapter..)
i learnt a lot of things that made me think about death and the day of judgement..
it was correct to feel worry about your future as you were reading the verses... i cried sometimes when i came across a few verses about the sinners and their punishment in the hereafter..
o Lord, forgive me and those who summit to you..
we are human, we are weak and most of time forget our roles to summit to you we love this world so much until we forget that our life here is not permanent..
o Allah, gives us some friends to remind us about death and the judgement day
dear friends, let's remind each other about our action today will be judged so that we do the right decision and observe out behaviour. salam..
wah..afwan for being away for a long time..
masyaallah.. His bless never ends.. tears running down everytime i realise how lucky i'm. alhamdulillah..
i just came back from europe tour. the journey that i really hoped to prepare my self to do a big hijrah in mylife.
hijrah. it was hard. i was in denial at first to change that habit.i kept doing the habit even though i knew i suppossed to leave it.
what is that habit?
i don't want to mention it here. deep down i'm struggling to leave it as Allah asks me to do so. the habit made my heart 'sick' with these worldy things.astagfirullah.
oh Rabb, i really need Your Guidance and LOve.. please don't leave me in the dark anymore.. i hate myself who never appreciate YOur Light.. i hate my self who doesn't appreciate the guidance. forgive me o Lord.. i miss the tears to clean up my heart..
o Rahim.. give me another chance..
please..
T_T
it is raining outside.. so sudden! yet it it was a sunny morning...
subhanallah..YOur Love never ends.. forgive me o Allah.. T_T
 | cuak.. | May 11, '07 6:24 AM for everyone |
seakan tersentak..
disedarkan kembali..
aku akan mati!!
kau juga!!
tak boleh lari lagi!
tidak cukup masa.
tidak ada alasan.
tidak ada penangguhan.
mati.
tidak!!!
bersediakah kita???
ape bekalnya???
adakah kita kan dihumban ke NERAKA???
cukapkah amal utk menjengah ke syurga?
-tika disedarkan kembali-
sunyi di pagi hari..
seakan burung jua benci pada diri..
P.E.N.A.T
berserabut minda...
kepenatan badan..
mengapa aku begini??
ku tenung langit biru..
aku lupa di sana
Rabbi memandangku..
menghitung tiap nadiku..
mencatat tiap amalanku..
sedang aku terus beralasan..
aku P.E.N.A.T
aku penat dengan dunia
yang suatu masa aku akan tinggalkan jua
aku penat dengan dunia
yang kian melarutkan aku daripada tanggungjawabku..
la ilaha illallah
kalimah penyaksian itu..berat!!
aku penat
penat memikirkan alasan
untuk aku beralasan
apabila laungan azan berkumandang
hayya ala solat
marilah mengabdikan diri kepada Nya
sudahkah amanah hamba dan khalifah dilaksanakan tatkala takbir solat
dilafazkan?
kemudian barulah disusuri
hayya ala falah
marilah menuju kejayaan
bagaimanakah kejayaan milikku andai aku terus beralasan-P.E.N.A.T-?
aku penat
penat menghitung hari yang bakal menjelang
penat merisaukan masa hadapan
yang aku belum pasti akukan masih bernafas atau tidak
aku penat denagan duniaku
sedangkan masa berlari meninggalkan aku
ya Allah..
adakah Kau terima alasan penat ini tatkala aku bertemumu?
adakah alasan ini mampu menebus dosa silam ku?
adakah alasan ini mampu mengajak manusia mentauhidkan diriMU?
PENAT
sampai bilakah aku akan beralasan
sedang langit merah saga??
PENAT kerana UMAT makin TENAT
sedang aku masih penat
beralasan??
 | sebak.. | Mar 14, '07 5:20 AM for everyone |
assalamualaikum wbt..
tetiba hati sayu..
tak mengerti mengapa..
ada manik jernih di pipi..
diseka..
mengalir lagi..
seakan tersedar sejarah silam..
jahiliah pekat pernah tercoret..
seakan malu megadap Rabbi..
kerana ilmu diperolehi hanya di kertas-kertas..
mengapa hati amat keras..?
mengapa hati amat ego?
mengapa hati menjadi tuhan diri sedang siapakah aku dimata Rabbi?
sebak..
andai esok tiada lagi..
bekal dalam diri masih tipis..
namun dosa setimbun ini..
menjadi saksi atas kelalaian hati..
Rabb..
andai lenaku menjemput kini..
izinkan KasihMu mengulit mimpi..
kerana ku tahu..
siapalah aku tanpa redha Mu..
siapalah aku tanpa pengampunanMu..
gentar..
cuak..
namun lenaku itu pasti...
menunggu masa…
inilah ceritaku..cerita duniaku selepas aku belajar dan berkenalan dan mengenaliNya ...insha Allah... alamanusia.wmv (7.0 MB)

senyum daku melihat alam nan indah bukti kekuasaan Allah. cerpian burung menambah kegembiraan ku di pagi hari.
Assalamualikum kakak. moga perjuangan mu di berkati Allah. tabahlah walau dikau kepenatan. aku menyorot muka kakak yang tenang bercampur dengan 1001 persoalan di minda dan jiwanya. moga dikau tabah.melangkahlah dengan penuh sabar kerana engkau kami dimanjai dan ditarbiyah..
630 pg.. perjalanan ke torquey. islamic exhibition menanti kami untuk menyampaikn apa yang kami tahu tentang islam.
melalui persisiran pantai.badai menghempas pantai tak pernah putus.ku melirik melihat hanis keseronokan memandang pantai.mungkin di jiwanya ade cerita kenapa pantai penghibur jiwa. aini menjerit keseronokan melihat si camar berterbangan.aku?awan nan putih mendamaikan hati.
lihatlah alam, kami jua bagaikan kalian.saling memerlukan salah satu.seperti analogi pantai, camar, awan, angin, pokok, buah, mentari dan makhluk Allah yang lain.
bagiku, alam dipanaskan oleh mentari.siapa ya mahu ku analogikan sebagai mentari? mungkin seorang murabbi. dia datang dan pergi memanaskan ruang alam ini. xkisahlah sesiapa..insya Allah murabbi ini tugasnya memanaskan makhluk- makhluk yang lain. Bagiku si suria ini boleh dianalogikan sebagai mak naqibah atau ustaz. murabbi yang menjeguk dan menyuntik semangat kepada alam untuk terus bersemangat di jalan ini. ya.jalan ini pilihan kami, insya Allah. jalan ini jalan dakwah, jalan yang pernah dilalui rasulullah.
pabila datangnya mentari, insya Allah alam yang dingin akan bertukar ceria.
camar akan berterbangan menongkah angin, melewati awan dan menjunam di air. camar kan berterbangan penuh bertenaga tanpa takut pada ketinggian mahupun kekadang perlu menjunam ke air untuk mencari ikan di laut.sesekali bila kepenatan, singgahlah berteduh di pokok-pokok untuk menumpang teduh dan mencari buah untuk santapan perut nan kosong setelah bertebaran di langit nan luas. duhai camar, terbanglah engkau ke seluruh alam. bawalah pengkhabaran 'La ila ha illallah Muhammad rasulullah'. terbanglah engkau ke serata alam. andai penat, sapalah angin dan awan. jenguklah ombak di pantai dan pokok di tebing. insyaAllah, kita disatukan dengan kalimah toyyibah itu.moga pulangnya camar di senja hari membawa perkhabaran gembira kepada alam.insya Allah. terbanglah camar, terbanglah kerana engakau camar yang hebat!
sesekali camar terbang bersama si angin. angin datang dan pergi.namun kewujudannya penyeri alam. camar riang bersamanya. awan bergerak bersamanya ke bumi yang tandus yang mengaharapkan air. ombak menghempas badai dek ditiup angin. bila disapa pokok dengan hembusan sepoi bahasa mahupun ribut, pokok turut mewarnai alam dengan buah-buah yang manis dan teduhan yang menyamankan. alhamdulillah, bersyukur kami kepada Rabbul Jalil. xputus-putus sumbangan angin kepada alam.
itulah kakak.si angin yang mendokong pergerakan kami.
mari bercerita tentang ombak yang hebat. pernah dengar tak orang kata ombak akan mengubah pantai? duhai si ombak, bersabarlah, yakinlah dengan janji Allah bahawa pantai akan terubah dengan izinNya. tugasmu hanya menghempas pepasir itu dengan sabar tanpa jemu. andai kau tidak bersemangat, minta Allah hantarkan angin kepada mu.moga hempasanmu di pantai mengaum seperti harimau agama yang nyaring.jika sesekali terasa kesunyian, lihatlah awan, mentari, camar dan pokok disekitarmu yang bersama-sama menjadikan alam ini bermakna. siapa ya si ombak ini?teruslah menghempas pantai untuk menghasilkan pantai nan cantik menawan.
angin sudah,camar sudah,ombak jua sudah.mari bercerita tentang pokok. subhanallah,pokok, sumber oksigen manusia.kau menapis karbon dioksida.kau memberi teduhan,kau manghasilkan buah nan manis untuk santapan makhluk Allah yang lain. duhai pokok, bersabarlah dengan makhluk Allah yang lain. mulia tugasmu kerana engkau sentiasa memberi yang manis walau kau terpaksa berkorban.semoga ganjaranmu menanti di syurga sana. pokok, aku kagum dengan sikapmu yang sentiasa mencari mentari untuk terus meninggi dan membesar,mencari air dan baja untuk meneruskanhidup.begitulah tarbiyah dalam hidup.janganlah dikau merasa rendah diri kerana engkau tidak bebas kemana-mana seperti ombak,angin,awan, camar dan mentari.sungguh,kehebatanmu ade tersendiri sehingga manusia akan datang kepada mu. membesarlah dengan rendangnya.berbuahlah dengan lebatnya. agar suatu hari nanti manusia dan makhluk lain akan bersamamu menghambakan diri kepadaNya.
wah,semua telah ku ceritakan.
awan akan terus berlalu.membawa cerita kepada alam tentang alam. yang pasti awan akan bercerita di bumi gersang tentang adanya mentari,angin,ombak,pokok,camar dimana kami disatukan kerana "La ilaha illallah Muhammad rasulullah'.
sungguh, duhai alam,kami gembira kerana kami makhluk Allah, bertemu keranaNya.moga andai suatu hari kami berpisah,di hati kami sentiasa ada satu sama lain kerana kasihNya kami bertemu kerana kasihNya jua kami berpisah.
kami paham kami ada tugas menanti.
matikan kami di jalan ini. amin.
assalamualaikum wbt duhai alam..
p/s:
ku masih mencari-cari siapakah kerikil nan keras,pasir nan lembut, bintang dan mengerlap, langit nan biru dan warga alam yang lain.
mampukah aku melihat makhluk-makhluk ini sebelum lenaku yang terakhir?
marilah bekerja duhai alam sekalian

assalamualaikum wbt.. apa khabar iman kita?

di hujung anjung sana kelihatan budak kecil yang mendongak ke atas. adik, segala perkara mahu diterokainya.
namun, dia perlu mempunyai kaki yang hebat seperti yang Uteh dan Uda miliki. seronoknya jadi seperti mereka. punyai kaki untuk ke sana ke sini. adik memandang kakinya.disentuh jemari kakinya yang masih kecil.digerak-gerak jemari kaki.
mahu berlari seperti abang dan kakaknya. namun, bagaimana mahu berlari?apakah yang perlu dilakukan untuk dia bergerak ke sana ke sini?
untuk bangun sendiri adik tidak pernah mencuba.takut.adik takut adik tersungkur.namun adik mahu berlari.
jadi, adik perlu bangun...dan melangkah.
adik takut.
jauh...dia merenung Uteh dan Uda yang berlari keriangan di halaman rumah. ku mahu berlari ke langit...
digengamnya birai tiang kecil di serambi rumah itu. muat-muat untuk dia berpaut..
susah..sakitnya untuk berdiri sendiri...adik gayat. ..adik duduk balik. terkulat-kulat adik memandang ke halaman.mencari-cari kelibat abang dan kakaknya.
Uda dan Uteh menjerit-jerit di luar sana.
Tunggu..adik mahu main bersama.adik melambai-lambai dari serambi rumah.tapi adik masih duduk.adik tidak bangun.masakan boleh bermain dengan Uteh dan Uda?
adik cuba lagi.dipegangnya birai kayu buat kesekelian kalinya. satu, dua, tiga. yeay, adik dah boleh berdiri.alhamdulillah. woow, bestnya. adik rasa adik tinggi.adik boleh lihat Uda dan Uteh lebih jelas. opss..gayat..adik memandang bunga-bunga ibu di tangga.
terus adik toleh mencari Uda dan Uteh.lihat, adik dah berdiri.
ibu tersenyum dari jauh.debar di hati. bimbang adik tersungkur. biarlah adik jatuh sekarang. dia akan belajar.asal tidak cedera sudah...biarlah adik jatuh dalam pemerhatian ibu.kerana ibu bimbang suatu hari nanti jika adik tidak pernah jatuh,adik tidak akan belajar peritnya jalan menuju Allah itu.jalan dakwah yang dilalui oleh abi dan ibu.biarlah adik rasa susah untuk berjalan di bumi Allah ini. seperti mana kakak dan abangnya dididik. mereka jua bermula dari kosong. lihatlah sekarang, Uda dan Uteh mampu memanjat dan melompat di luar sana.
ibu terus melirik adik dari jauh. membiarkan adik meneroka dunia baru. ayuh jundullah ku, bertatihlah bersegera untuk engkau berlari bersama abang dan kakak mu di dunia nyata di luar sana.
Uda..Uteh..lihat adik! adik menjerit-jerit dalam bahasa budaknya yang hanya dia fahami. adik pandang ibu. ibu senyum.ibu angguk. wah..adik dapat semangat. dipegangnya birai kayu yang berdekatan. adik angkat kaki sedikit.bergoyang-goyang adik cuba mengimbangi badan. diletakkan kembali kaki kecilnya. adik cuba lagi.angkat, letak sebelah.adik pegang birai kayu yang ke kanan. diangkat kaki kecilnya lagi. di ulang-ulang.
dup, macam nangka busuk adik terduduk.adik pandang ibu. ada riak cemas di wajah ibu.namun ibu masih biarkan adik usaha sendiri.ibu yakin adik mampu berdiri kembali. ibu menapak ke arah adik.adik faham ibu mahu adik cuba lagi. adik cuba bangun balik.
adik ulang memaut birai kayu dan mengangkat badannya. adik susun kakinya.ibu disisi. adik rasa selamat. adik perkemas genggaman tangan di birai kayu. adik susun langkah. satu persatu...
lambat..
tapi adik teruskan langkah.adik lepas genggaman tangan kiri di birai kayu. kemudian adik pandang ibu. ibu senyum."cubalah". suara ibu lembut meniup semangat adik.
adik pandang kaki kecilnya. diangkat dan disusun satu persatu. cuba mengimbangi badan. adik pandang ibu. ibu angguk mengiyakan.
adik mahu berlari,bu!
adik susun langkahnya.dia mula melangkah. satu.dua.tiga.empat.adik cuba paut ibu.ibu undur setapak.lima.
"Uda, Uteh, kemari! segera!"
ibu datang dekat adik,adik rasa adik mahu jatuh.setapak lagi adik atur.cuba memeluk ibu.ibu terus berundur.tujuh.lapan. adik berhenti.menarik nafas.adik pandang belakang.wah, sudah jauh adik menapak.
adik meneruskan derap yang kesembilan.
"yeay, adik dah bertatih!" jerit Uda keriangan. entah bila Uda dan Uteh muncul adik tidak sedar.
alhamdulillah.
"cepatlah adik berlari, nanti kita boleh main bersama", Uda bisik di telinga adik.
Uteh sentuh kepala adik. Uteh hulur tangan. adik pandang Uteh. adik pandang ibu. ibu angguk. adik sambut tangan Uteh. Uda melompat-lompat.girang.
adik terus bertatih.
Uda dan Uteh di sisi.memerhatikan adik.bermain dengan adik.menyokong adik. sesekali mereka melompat-lompat.seakan-akan mereka terbang di langit.
adik juga mahu terbang ke langit. suatu hari nanti.adik pasti adik jua boleh terbang ke langit.
adik mulakan dengan bertatih.
.............................................................................. p/s: analogi derap daie yang masih mentah menuju mardhotilah. aku ingin terbang ke langit. aku pasti terbang walau hanya mula bertatih, insya Allah. assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..aku masih bernafas lagi saat ini..
tahun baru bagi umat islam baru bertandang semalam...selamat tahun baru saudara-saudaraku..apa ya agaknya perancangankita pada tahun baru ini? moga kita bertekad meninggalkan jahiliah dan karat2nya yang ada dalam jiwa kita.
aku tahu ianya tidak senang seperti yang dikatakan.sungguh, perjuangan melawan nafsu dan syaitan dalam mentarbiyah diri menuju redha Ilahi sangat sukar..
detik telah membawa kita kepada hari yang baru..namun sedarkah kita semua bahawa detik ini mendekatkan kita kepada penghujung y pasti di dunia ini? M-A-T-I !
terfikir apakah bekal yang aku sediakan utk menemuiNya...cuak dan bimbang menguasai diri..kelakar bukan, ramai manusia inginkan syurga namun kebanyakan kita takut akan mati..ramai manusia mahu dijauhkan neraka namun masih tetap bergelumang dengan dosa dan thagut yang ada..aku bukan bercakap tentang orang lain, tapi ini pesanan untuk diriku dan saudara seagama yang aku sayangi..
MATI, aku sendiri belum bersedia memandangkan masa lampauku penuh dosa dan jahiliah yang sangat dasyat.
"adakah Allah akan ampunkan dosa-dosaku?"
sungguh Allah itu tidak zalim pada hambaNya.jika Allah berdendam dgn makhluknya yang kufur dan menyekutukanNya, pasti alam ini tiada lagi di saat ini..pasti aku tidak wujdu lagi di bumi ini..pasti detik ini kita yang melakukan kerosakan di bumi dan mentuhankan thagut ini binasa di dalam neraka..dan pastinya mereka yang mencintai Rabbul jalil berada dalam keadaan bahagia di syurga sana..sesungguhnya detik pembalasan itu Allah tangguhkan kepada hari kiamat kerana Allah memberi peluang kepada hambaNya utk bertaubat dan melaksanakan tanggungjawab di bumi in: beribadat dan mentadbir alam mengikut syariatNya (khilafah)
namun insan, sampai bilakah kita mahu melakukan dosa dan kesilapan yang sama berulang-ulang kali walaupan telah datang peringatan dan teguran kpada kita utk menjalankan pemerintahan mengikut undang2 islamyang Allah syariatkan dlm Quran dan yang Nabi sampaikn?
Allah telah bagi mata, telinga, akal dan hati utk memilih.marilah kita memilih utk mentauhidkan Allah yang satu.marilah kita meninggalkan jahiliah y kotor dan merosakkan itu.
| Start: | Jan 1, '07 12:00p | | End: | Jan 8, '07 12:00p | | Location: | dublin, cork, galway [ireland] |
nekad..mencari ukhwah di bumi ireland cubalah mendengarnya dengan hati.. | The Zikr - Inilah kehidupan | | | | | | | The zikr - Air Mata Keinsafan | | | | | | | The Zikr - Dua cinta kekasih | | | | | | | The Zikr - ujian | | | | | | | Demi Cinta Zainab | | | | Mestica | |
| Hijrah Menuju Allah | | www.dun7.275mb.com | | Devotees | | | The Zikr - Inilah kehidupan | | | | | | | Inayah | | Sendu Sendawa | | Mestica | |
| |